Perjalanan awal Diploma
Perjalanan awal Diploma
Selamat Sejahtera,
Seperti yang dijanjikan, saya akan kembali menulis tentang perjalanan awal saya bermula dari zaman sekolah menengah sampailah diploma ( sekarang).
Semuanya bermula masa saya form4. Time form 4 ni aku rasa aku Masih Jenis org yg bukan kuat belajar la. Masih budak yang kuat main game online Dan kuat gaduh juga😂 sebab masatu pertama kali sekolah buka lepas PKP. Kalau tak sebab PKP aku rasa dulu aku dah wakil sarawak untuk acara lompat Pagar Dan lompat jauh sebab ni specialize sukan aku dulu. Banyak geng2 kuat sukan kiteorg dulu tapi syg..sebab PKP semua hancur. Kalau tak banyak event kiteorg join, Dan sekolah kiteorg pun mungkin jadi antara sekolah yang top kat SIBU,SARAWAK. Saya bersekolah kat SMK SACRED HEART SIBU, SARAWAK ye dulu. Org sibu mesti tau Dua sekolah ni, SMK sacred heart ngan ST.elizabeth. Setiap kali SPM memang dorang Dua la jadi sekolah top untuk daerah sibu.
Gambar kat story IG aku, zaman 2019.
Time ni aku lompat 6 meter bagi kategori lelaki 13 tahun. Dah kira gempak time tu. Yg lain 4.80 meter. Kita dah 6 meter. Boleh wakil sarawak time tu huhu.
Cousin2 pun lagi la xyah cita, kalau banding keluarga mak ayah, keluarga belah ayah lagi fancy Dan maju. Jadi time ni aku dapat pengalaman sikit la tentang hidup ni mcm mana walaupun melalui online je. Cakap tentang kawan aku dari luar negeri tu, aku memang banyak kawan dari luar negeri sebab main game PUBG, ML 😂. Setiap Hari borak sama en, aku pun terexposed dengan budaya dorang. Pendek kata ni dorongan aku untuk keluar dari comfort zone la.
Pembentukan Minat
Aku pada awalnya nak jadi Pilot sebab yela pilot biasa gaji tinggi 😂 Dan aku Minat nak pergi luar negara. Lepas tahu lesen pilot je Rm500K Dan proses nak enroll jadi pilot pun agak susah sebab dia takde encouragement dari government and ia swasta jadi aku batalkan niat aku nak jadi pilot. Kedua sebab mak tak suruh. Aku Minat nak jadi pilot man dulu sebab mungkin secara semula jadi kot..sebab Minat and ada role model?
Minat kedua aku adalah Law. Ha ni terbentuk time aku form 4 la. Mulut kata nak masuk law tapi hati nak jadi ahli politik. Mcm mana tu? Aku Minat law time ni sebab Dua benda. Pertama, sebab subjek sejarah kat SPM. Aku ada bagitau yg aku mula nak belajar tu time dah form 4 kan. Ha time ni subjek sejarah la yg aku Minat sebab mungkin best bagi aku. Dan sebab subjek sejarah la aku tau istilah bumiputera tu ada sebab mohonla kita mana ikut isi borang time Masih kecik...paling suruh mak ayah isi. Dan pandangan aku terhadap kaum mula berubah. Ni experience aku je tauuu based on apa aku rasa Dan hadapi, aku mula tau yg cina ni dari china, India pula dari India 😂 walhal aku tau yg negara china Dan India tu wujud mungkin sebab baru keluar dari gua kot time tu..sebab sebelum belajar subjek sejarah kalau nampak cina India ni kita tak fikir pun asal mereka..kawan mcm biasa je.. tapi lepas belajar subjek sejarah, sedar yg bumiputera ni ada keistimewaan semua pandangan tu yg lain sebenarnya.. aku tak racist, dalam keluarga aku pun ada yg kahwin ngan cina juga, ada India juga sebab some family stay kat semananjung. HA. Jadi aku Minat law atau ckp je jiwa politik tu sebab subjek sejarah la satunya dengan mindset nak majukan tanah air Dan bangsa. SKRG Umur pun nak dekat 20, aku rasa aku takde dah mindset mcm ni, cara tengok Dunia pun lain and I have my own ways and plan. Felt bad ngan cikgu waktu SMK dulu..aku ingat 5 nama cikgu ni, cikgu sia (CIKGU BM), cikgu Lu (cikgu sejarah) , cikgu teng ( cikgu math), cikgu Phan ( cikgu sukan), cikgu dew ( PK HEM), Cikgu ting ( PK KANAN) semua cikgu cina. Aku sempat ada pengalaman tak elok ( prefer not to tell) ngan dorang tapi mujur dorang faham sebabnya and kiteorg ok je😆
(Cuba cari aku kat mana, tapi resolusi dia agak blur la)
OK sebab kedua pula, ikut keluarga sebab keluarga pun darah politik Dan ada kawan yg sama2 minat Politik sampai ada connection. Minat ni semua sebab tanah air je tapi semuanya akan ditentukan oleh alam Dan pencipta.
BIDANG PILIHAN
Tutup buku aku masa zaman SPM Dan lembar buku baharu pun dibuka. Lepas aku dapat result SPM aku, aku pun mula isi UPU. Aku letak PILIHAN pertama sampai keempat tu semua asasi yg boleh bawa aku pergi law. Dan aku yakin yg aku akan dapat asasi law nanti, dah mimpi2 berada kat pusat asasi shah alam dah time tu.. ayah aku siap call kakak aku yg tinggal kat Kl untuk atur penginapan semua sebab ayah aku ni dia Jeni's supportive.. dia yakin dengan semua benda yg aku buat..kalau mak lain sikit suka arah2 last2 akur je. Tapi apakah daya aku dapat BIDANG yg paling aku tak expect iaitu diploma in perbankan uitm. Dekat dengan tempat aku tinggal ( rumah mak ) lagi tu. Aku pernah fikir nak masuk stpm je tapi ayah aku mcm xnak, last2 aku terima je. Aku terima tapi at the same time aku tau nak buat apa lepas habis diploma ni nanti.
( PERTAMA KALI KELUAR RUMAH)
( CUBA TEKA BERAPA A)
( CIKGU TENG)
CIKGU FAVOURITE AKU UNTUK MATH. AKU INGAT AYAT DIA " KALAU JAMES DAPAT A- UNTUK MATH NANTI SAYA BELANJA DIA BURGER DAN MAKAN SAMA....PASTU ADA KAWAN TANYA " KALAU JAMES DAPAT A+ CIKGU? ..CIKGU TENG KATA " WAHH KALAU MCM TU SAYA BOLEH TERBANG LOH) 😂 TIME TU BARU HABIS TRIAL..YALL KNOW..CIKGU TENG DAH BELANJA AKU AWAL SEBELUM SPM WEYY MUNGKIN DIA TAU TIME HABIS SPM SUSAH NAK JUMPA AND AKU LAST TENGOK DIA MASATU.
( CIKGU SIA, CIKGU BM)
SESUAI LENCANA YANG DIA ADA " STAREST TEACHER EVER" DIA NI MEMANG MAK KEDUA AKU LA SENANG KATA. BANYAK GURUAN DIA DULU, BANYAK JUGA DIA BERKORBAN UNTUK KAMI DULU..KALAU APA PUN KENA HAFAL KARANGAN, PERIBAHASA BILA KAT KELAS DIA. TIME NI KAMI MCM MINTA KENA SUAP JE MOHON LA MASIH BUDAK X FAHAM LIFE DEWASA MCM MANA..CIKGU NI BANYAK SHARING TAU..PASAL LIFE..BANYAK LAGI. KELIMA CIKGU YG AKU MENTION TERLEBIH DAHULU TAHU AKU MINAT POLITIK DAN SUBJEK SEJARAH SEBAB SELALU SUBJEK SEJARAH AKU DARI FORM 4 SAMPAI FORM 5 SENTIASA 90 MARKAH. HABIS AKU SPM PUN AYAT TERAKHIR DORANG UCAP " KALAU DAH JADI TOKOH NANTI JANGAN LUPAKAN KAMI" 😂
Masatu mungkin saya Masih budak2 Dan penuh dengan khayalan Dan mimpi cikgu..apa pun saya SENTIASA doakan kesejahteraan mereka.
Zaman diploma
Ha dah part terakhir, jadi time aku masuk diploma aku mula ikut persatuan debat, tiba2 juga aku ikut persidangan mahasiswa. Aku ikut ni mungkin sebab atas dasar Minat lama aku kot hehe.
( DEBAT PIALA REKTOR)
(PERSIDANGAN MAHASISWA)
( NI PERTAMA KALI MASUK KAMPUS)
(HOUSEMATE SEM 1 )
Sekarang dah sem 3 dah. Banyak benda berubah, personaliti, pola pikir pun dah berubah. Mungkin ada sebab aku tak masuk asasi dulu, sebab aku belum sedia dengan diri, dulu aku pemalu, susah NAK berkomunikasi..bayangkan kalau kat shah alam dulu..naya matt kena bahann..banyak dulu perlu diperbaiki terutama pemikirannn. Skrg ok la sebab mungkin dah tua, banyak tengok org..ada pengalaman jumpa org semua.
Ni je kot dulu..jam pun dah 1 pagi.. nanti sambung balik menulisnya. Maaf kalau dekat blog ni ada penggunaan ayat yg tak sesuai ke..I just wanna put everything here.



































Ulasan
Catat Ulasan