Skill bersosial atau sebaliknya?

Selamat sejahtera kepada pembaca blog saya. How was life ? 

Harini saya nak cakap tentang sesuatu yang common lah pada zaman sekarang. Sebelum tu saya nak share sikit lah . 

Dah lebih 14 hari sejak cuti semester. Vibe dan suasana terasa lain . Dulu bila kat dalam bilik rasa best sebab ada wifi yang laju dan kemudahan asas  yg boleh buat kita rasa seronok bila nak main game dan scrolling tiktok. Tapi skrg rasa lain, tak selesa lah terutama depan mak ayah, ada sebab tertentu. Tapi semua kawan yang sebaya kita masing2 tengah berproses, masing2 tengah mencari arah dan mencipta profil diri masing2. Kdg tak sabar juga nak habiskan zaman belajar ni cepat2. Mungkin tak semua lah sependapat, sebab masing2 ada cara untuk enjoy life masing2, dan cara memahami hidup masing2. 


Kalau ikutkan aku tak nak beratkan kepala untuk mencipta profil semua ni ..nanti aku cakap knp.  Kalau ikutkan pemikiran dan pilihan hidup aku . Aku banyak dapat tawaran SPA9 . 

(Semuanya ada 8 jawatan yang ditawarkan)

Maksudnya aku mohon lah tapi 8 jawatan Dorang offer untuk exam psikometrik ke tak silap . Ada yg aku lulus la..banyak juga boleh kata hampir semua lulus exam psikometrik. Nurse lah aku dapat tawaran 3 kali. Walaupun aku tak isi dalam SPA9..aku dapat offer dari email aku sendiri ..3 kali kena offer 3 kali lulus ujian psikometrik. Cuma pergi IV je belum lagi . Tapi aku confident la aku dapat πŸ˜‚ cuma aku tak pergi sebab ayah aku kata sambung je belajar. Dia kata alang2. Kalau ikutkan pilihan hidup aku asalkan bekerja lepastu berkeluarga 😌. Settle. Lepastu ada plan juga nak buka restoran, usahakan tanah semua..bukan khayalan. Meskipun tak senang, tak salah mencuba. 


Tapi sebab tula, skrg fokus untuk bina profil sendiri . Salah satunya melalui Blog ni. Sebenarnya ada banyak lagi cuma still ongoing prosesnya. Slow2 kan . Semua benda yg aku kongsi ni akan relate lah dengan benda yg bakal kita bahas atau sharing nanti . 

Skill bersosial atau sebaliknya?

Biasa untuk kita tengok yang hensem, yg good-looking tu diminati ramai. Tak kisah lah mcm mana..kalau kau good-looking semuanya boleh kdg2. Tapi pernah la dengar org tua2 cakap, rupa tu bernilai bila umur 20-29. Lepas umur 30-45 semua org fokus dengan life masing2. Kau dah stabil ke? Ada rumah? Ada kereta ?  Tapi ini lebih dari good-looking. Pendek kata kalau kau good-looking semuanya akan lancar la. 

Sama juga dengan zaman skrg ni . Kalau buat analisis, dengar nasihat dan jumpa ramai org . Ramai org akan kata built your own profile first . 

Profile disini bermaksud siapa diri anda ? Mcm tu lah..benda mcm ni selalu dengar time MDS bagi pelajar Universiti atau talk dari pakar psikologi. Soalannya " siapa diri anda". Dia lebih kepada tu lah. 

Jadi skrg ramai rakan sebaya aku tengah built profil Dorang. Aku ada lah kawan. Kawan dari SPM lagi . Kiteorg dua berkongsi minat yg sama iaitu sama2 target asasi law..dia dapat sebab dia mohon second intake. Saya dah masuk Uni time tu ..dia sempat sambung STPM .  Dia memang minat nak jadi lawyer..skrg dia dah intern 3 bulan jadi assistant lawyer walaupun dia baru habis asasi . Dengar2 dia nak masuk degree jap lagi . 


Sebab baru2 ni kan nak PRN Sarawak, jadi ramai juga lah parti2 politik buat move Dorang . Jadi aku pernah invite dia join juga any parti tapi prioritize kat parti belia lah sebab lebih mudah bersuara, aku invite dia supaya dia boleh contribute juga untuk tanah air Sarawak ni . Tapi dia tolak dan saya pun setuju juga Ngan dia ..dia kata tunggu semua stabil baru mudah nak terjun dengan bab2 politik mcm ni. 

Kalau saya memang takde benda lain memang politik je lahπŸ˜‚ mungkin fokus saya kesitu . Melalui benda2 mcm ni la dapat kenal banyak org dan buat kawan. 


Perbahasan utama 

Jadi berbalik kepada topik kita tadi ..apa relate dia built your own profile dan social skills ke atau sebaliknya? 

Built your own profile lebih kepada mcm mana org kenal kita . Bukan dari segi perangai, mostly dari segi mcm mana org tengok diri kita . Kalau saya mungkin ramai kenal saya dengan politik, sebab ada peluang jadi saya ikut je sebenarnya. Kalau tanya saya nak jadi ahli politik ke atau tak? Saya akan jawab tak tau . Let see for another 10 years..whether it just a dream atau apa. Sebab dunia skrg cakap lebih mudah dari buat😌

Yg ni lah selalu saya perhati, saya bagi contoh la kan .  Kalau dua org memohon dengan jawatan yang sama, dan dua2 nya mempunyai kelayakan yang sama dan sama2 kompeten. Bezanya sorang lagi adalah kawan dan kenal dengan pelantik..manakala sorang lagi adalah pemohon yang biasa2 je. Korang boleh agak dah yg mana akan dilantik kan? Persoalan nya di sini .. korang rasa ni social skills ke atau apa?  

Kalau tengok kelayakan sama, dua2 kompeten?  Dia mcm tu lah persoalan dia.. korang rasa mcm mana? Ini aku baru rasa lah lately kat parti juga πŸ˜‚ ini pandangan lebih kepada universal . 

Dia lebih kepada Tula yg memberatkan kepala saya baru2 ni ..sedikit perkongsian. Pemikiran dan pandangan kita tak sama..ada org tengok benda ni secara positif dan ada juga sebaliknya. Ini hanyalah sharing saya je. 

Ni je lah dulu untuk kalini . 


Ulasan

Catatan Popular