Week 10, Sem 3 ( end of 2025)

 Week 10, Sem 3 ( Diploma perbankan) 

Hai dan selamat sejahtera, 
Harini saya tulis ringkas je tentang event yg pernah saya join kat universiti dan keadaan sem sekarang ( sem 3) . 

Aku menulis blog ni masa aku masih bercuti Krismas, kebetulan Krismas ni aku sambut kat Sibu je. Sekarang ni tengah duduk kat taman Sibu, yang tau tempat Express Sibu tu tau la aku kat mana skrg ni . Aku sengaja suka lepak kat situ sebab aku rasa tenang dan teringat zaman kecik2 duluπŸ˜‚. Yg best kat taman Sibu ni, sebab tenang la takde org sangat. Bagi yg nak lepak sini make sure jam 4pm -6 pm ye. Kalau malam2 aku rasa korang takkan berani parking kat situ and not recommended. Skrg masuk bab universiti dah . 

Keadaan sekarang 

Keadaan sekarang, masa aku semester 3 ni aku rasa ok lah cuma aku rasa masa dia laju sangat dho. Aku masuk kampus 4 Oktober haritu, tau2 skrg dah nak week 10 . Tapi syukur lah sebab midtest telah berjalan dengan jayanya ( tersengeh) . Assignment pula tengah berjalan juga, hampir siap dan ada yg dah hantar untuk certain subject . 

Kalau soal final exam tu belum well prepare la, tapi nanti kita belajar. Suka kalau belajar sorang diri ni, yg tak suka bila otak full storage dan burnt out . Tapi begitulah hidup sebagai pelajar.  Masuk kelas dengar dan tulis apa yg lecturer cakap, balik kelas pergi kantin isi perut pastu mandi, tido kejap. Malam baru la belajar ( kdg main game dan tengok movie πŸ˜‚) bergantung keadaan juga . Ada masa perlu guna seluruh tenaga untuk belajar tu . 

Sepanjang semester ni rutin harian aku sebagai pelajar, bangun pagi jam 7 mcm tu ..kdg sharp . Lepastu mandi berus gigi . 7.30 am dan jalan pergi kelas dah . 

- masuk je kelas duduk diam tunggu lecturer masuk. 

- habis je kelas pergi kantin beli makanan ( aku sepanjang kat UiTM mukah ni, aku suka gerai Syaza la..half one kdg2 kalau dah jemu sangat makan ayam goreng, sayur nasi . ) sepanjang semester aku memang hadam nasi, ayam , sayur .  Nasi aku memang ambik banyak lah, aku rasa Syaza atau kawan2 aku kenal style aku ambik makanan mcm mana..memang ambik banyak πŸ˜‚ untuk nasi ayam sayur tu rm5.50 kdg RM4.50 . Sehari overall Aku spend rm 10 kot..malam kdg beli burger..around rm 15 ikut keadaan duit mcm mana πŸ™‚‍↕️. 

- pastu ulang2, kdg buat assignment, belajar, kdg bincang Ngan kawan.

AJK Dbankers 

Ni lah antara jawatan aku dalam universiti selepas join persatuan debat . Dulu masa aku semester 1 pernah kena offer masuk smpp. Time tu masih MPP Duncan. Kiteorg jadi bro lepas aku kalahkan dia masa debat rektor antara persatuan dalam universiti.  Sebab time tu pertengahan sem kan aku pun dah fikir, yg aku rasa time degree je kot jawatan mcm tu penting sebab aku kalau habis diploma bukan nak terus kerja. Pastu aku risau busy . Plan aku ni bergantung keadaan juga sebab skrg family suruh sambung study . Jadi fokus aku memang study dulu la. Jadi aku pun ragu2 nak ambik offer MPP Duncan dulu untuk jadi smpp dia .

Time Ni tengah bincang Ngan MPP Duncan. Ada la vibe2 high council sikit. Meskipun time Aku semester 1 dulu pendiam dan jrg bergaul Ngan org, ada juga yg invite aku join smpp bahkan masuk persidangan mahasiswa. 

Time ni aku jadi timbalan Speaker Dewan time persidangan mahasiswa. Dapatlah dengar sikit masalah2 yg ada dalam universiti. 

Skrg time semester 3 ni aku join persatuan dbanker. Ni persatuan rasmi bidang saya . Aku isi borang untuk join persatuan dbanker ni sebenarnya ada dua sebab 
1) sebab member suruh isi sebab dorang kata kurang lelaki dalam persatuan ni πŸ˜‚ 
2) sebab ikhlas dan rela ..ha..takde paksaan . Sebab kita fikir kita ni berbaki 2 semester lagi . Dan ada la pertimbangan untuk kedepan dan rancangan nya . Kita memang dah siap2 diri dan tau nak buat apa masa join nanti . Walaupun kdg Penat yg penting sebelum keluar dari UiTM mukah ni atleast kita buat something la. Bukan selalu berada kah UiTM mukah ni kan .. people come and go .  Pastu pernah la senior2 kata best jadi AJK ni aku pun join la. Aku dalam persatuan ni sebagai exco scholastic.  Banyak juga program yg saya join bawah persatuan ni antaranya
- meniaga 
- komuniti service 
Dalam persatuan ni juga aku belajar soft skill seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bersosial la. 

Semenjak aku join kelab/ persatuan debat dulu aku dah tak segan nak berhujah kat khalayak ramai . Banyak lagi lah.

Debat bahasa Melayu 

Kelab pertama aku join lepas  kelab Dbankers.  Masa aku join kelab debat ni aku pernah ikut 
( Malam debut debat, event pertama yg aku join under kelab debat kenyalang Mukah) 
 ( Debat piala rektor antara persatuan dalam universiti, time Aku masuk semi final je. Reason sebab kiteorg tak masuk final sebab tak cukup prepare + lapar lagi . Boleh kata kiteorg main2 je sebab rasa dah gempak sebab kami boleh kalahkan sem 3-5 πŸ˜‚) We are the only Sem 1 yg masuk semi final .  Otak aku pun jammed perah idea time tu. 





( Debat piala rektor kat UiTM Samarahan)
Sama juga, kiteorg berjaya masuk semi final je . Satu team je yg masuk semi final iaitu team saya . Overall ada dua team untuk debat bahasa Melayu, 1 team untuk debat bahasa English . Time Ni partner saya Syaz la ( perempuan yang pakai tudung tu ) . Saya berperanan sebagai pemberi idea dia pula bantu susun ayat . Overall we work together untuk lawan org kat Samarahan tu . 

Sekali lagi, sebab yg sama.. kiteorg tak masuk final sebab tak seriusπŸ˜‚ aku memang tau awal2 yg piala tu takkan dibawa balik lagi . Sebab sebelum kiteorg pemilihan untuk semi final dulu usul dia memang padu laπŸ˜‚ 
Sebab kedua, tak biasa dengan format baru . Kalau dia guna format debat parlimen yg biasa tu , aku rasa masuk final boleh kot . Ni dia guna format parlimen British kot? 2 kerajaan dan 2 pembangkang . Tak biasa dengan format ni sebenarnya tapi kami akui yg org sana memang padu berdebat. Aku rasa lawan kami org degree kot, lebih senior πŸ˜‚ 

Sebab ketiga tu, tak serius. Aku semi final tu tak buat prep langsung . Aku buat research kejap je. Pastu masuk bilik terus bertanding sebab usul dia usul undi 18 .  Org yg umur 18 dah matang ke tak untuk undi tu maksud usul dia dulu .aku pun ingat boleh guna common sense tapi Tula kalah juga . Time tu aku rasa tak serius + burnt out + lapar juga hahaha. 


Tapi syukur juga la sebab sorang daripada kami bawa pulang anugerah pendebat terbaik iaitu Syaz . 

Join debat ni best sebenarnya . Boleh juga merasa jadi lawyer sikit . Sebab bila diberi usul kita kena buat research.. normally ada masa untuk kita buat research untuk cari bukti dan kuatkan hujah . Jadi kat sini kita diajar 
1) research skills . Time Ni la Kita manfaatkan ChatGpt untuk cari sumber dan fakta. Benda ni bukan basic sangat tau . Kalau kita tak pandai guna search engine pun nanti nampak sangat benda yg kita cari tu tak kukuh + seolah olah nampak sangat AI . Kita kena pandai guna search engine tu . Kita rujuk je selebihnya kita buat sendiri . Jangan rujuk atau ambik bulat2. 

2) critical thinking 
Bayangkan kau buat research banyak, bukti dah sedia semua tiba2 kau lupa. Time Ni la kau kena guna otak untuk susun idea dan ayat tu . Pendek kata, fikir guna common sense atau debat spontan laπŸ˜‚  tak semua mampu bercakap spontan dengan usul yg diberi + ada timer lagi . Kalau takde timer boleh lah rileks sikit kan. Baru idea tu masuk sikit sebab tak nervous . 

3) confident dan communications skills . 
Dalam debat ni, kita boleh main dengan psychology. Mcm buat org tu takut atau nervous. Time Aku debat dulu banyak pihak lawan try nak psychology aku. Tapi aku tak tau knp aku teruja dan teknik mereka tak berkesan . Ada yg siap bagi tatapan yg tajam, angkat kaki, sampai ada yg pusing pensil..ada juga yg buat muka mcm benda yg kita sampaikan tu salah . Tapi mujur aku dah set dalam kepala otak, aku cakap dengan jelas point aku ..jadi aku pun tak gentar . Bagi aku best laπŸ˜‚ tapi sebenarnya benda ni tak perlu pun . Asalkan kau well prepare..kena panah petir sekali pun kau takkan gentar. Aku harap next debaters tak guna la teknik2 kotor ni sebab sia2 . Dan dalam debat juga lah kalau kau master debat kau akan tau yg komunikasi skills ni ada banyak . 
A ) convincing ( yakinkan org dengan hujah kau dengan bukti yg ada dan proven results
B ) fishing  ( mcm rayu atau tarik org untuk terima hujah kau ) 
C ) manipulating ( kau buat hujah lawan nampak mcm salah dan tak relavan )
D) common sense ( guna common sense dan logik akal ) 

Banyak lagi lah..setiap teknik ada cara nak guna. Ramai yg buat benda ni tapi tak semua betul2 boleh capai objektif. Ada cara dan teknik dia + ikut keadaan 

Ni la antara kemahiran yg aku belajar + survey sendiri + tanya kawan2 debat. 

Ni antara event yg pernah aku join la . More event to come soon . 

Untuk akademik pula mcm mana? Setakat ni aku cuma boleh ringkasan dengan emoji lah :  πŸ™‚πŸ˜ŒπŸ˜

Aku rasa ni blog aku untuk tahun ni ..KEJAP LAGI NAK MASUK 2026 HEHEH.. SEMOGA TAHUN 2026 LANCAR, DIKURNIAKAN REZEKI YG MELIMPAH, DIBERKATI OLEH ALLAH, DIBERI KESIHATAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN KELUARGA DAN DILANCARKAN URUSAN. AMIINN. 


Sekarang ni aku nak pergi study kot. Nak prepare for final exam . Tapi ada la plan dia..each people have their own plan  because planning is the root to achieve objective. Aisehh..dah masuk fin242 pula . 

Next aku akan bincang atau sharing tentang 

πŸŽ“Study tips πŸŽ“

Tu je untuk kali ni. SELAMAT TAHUN BARU . HAPPY 2026
BYE!




Ulasan

Catatan Popular