Parlimen Belia

Selamat sejahtera kepada pembaca Blog saya. 

Harini 30/1 saya ada beberapa benda nak share lah tentang Parlimen Belia yang bakal dijalankan kelak. 
Saya menulis ni ketika dalam study week. Saya tak berniat nak tulis benda ni sebenarnya sebab saya nak prepare diri untuk study week sebab 4 hari lagi nak exam . Exam lagi penting berbanding Parlimen Belia ni sebab boleh masuk atau join lagi untuk sesi seterusnya 😂

Tapi apakah daya ada rezeki terlibat dengan benda2 mcm ni . 

Sebelum saya buat sharing, saya nak kenalkan lah parti yang saya join iaitu Parti Gabungan Blok Borneo (PGBB). 

Maklumat parti PGBB 

Parti PBB ni dibuka kepada semua belia lah . Bagi yang nak join korang boleh copy atau rujuk link ni :
https://linktr.ee/Pgbb2025?utm_source=linktree_admin_share

Maklumat ni tentang parti tu lengkap kat link yg disediakan. Jadi kepada pembaca blog yg nak join tu join lah . 

Isu 

Jadi secara umumnya parlimen belia ni ditubuhkan untuk belia2 Malaysia lah sebenarnya. Parti yang ada sebagai wadah untuk menyampaikan isu berkaitan belia . 

Tapi disebalik itu, dalam PGBB ni saya sempat lah menyaksikan sendiri konflik dalaman parti tu. Untuk makluman PGBB tu skrg kurang stabil lah sebab ada isu perebutan kuasa.
Buat masa sekarang jawatan presiden disandang oleh saudara Sobri Rais , dari Sabah . Saya rasa orang Sabah kenal lah saudara Sobri Rais ni .  Nanti saya ceritakan knp. 

Hierarki atau sistem kepimpinan PGBB ni dia agak mantap lah senang kata tapi saya masih tak berapa faham juga tentang parti ni sebab saya pun baru je join dan parti ni pun masih baru lagi . 

Presiden (1), ikut penggal . Kalau tahun ni Sabah pegang, tahun depan keutamaan diberikan kepada wakil dari Sarawak untuk jadi Presiden 

Timbalan Presiden (2), 1 timbalan dari Sarawak dan Sabah 

Naib Presiden (2), 1 naib Presiden dari Sarawak dan Sabah . 

Bendahari agung (2), sama konsep juga 


Dan begitulah untuk pimpinan seterusnya. Kalau tengok ia fokus kepada Sarawak Sabah lah . 


Fokus : 

Baru2 ni ada org cuba nak jatuhkan Saudara Rais Sobri ni dari jawatan presiden. Nak dipendekkan cerita pergaduhan pun berlaku. Dan pengundian antara MKT pun berlaku .
Saya tak tahu bertuah atau tidak, saya skrg ni dalam cadangan untuk jadi naib presiden bagi wakil Sarawak 😂 aku rasa salah hari dan masa . Dah la tengah sibuk study untuk final exam, sibuk dengan konflik parlimen belia lagi . 


Saya sempat lah terlibat dalam tadbir urus parti tu walaupun sekejap, dapat la juga tengok Dorang mcm mana..ada lah pengalaman sikit . 
Sesi borak dengan saudara Rais Sobri 


(Siap kena intro lagi, dan untuk makluman Rais Sobri ni memang public figure lah )



( Time Ni tengah gaduh, saya tak nak lah terangkan secara specific knp 😂)

Jadi tula pengalaman ringkas saya dan  awal permulaan saya ikut parti parlimen belia . Banyak yang saya dapat, strategi pilihan raya, strategi kepimpinan dan networking skill.

Harapan : 

Walaupun parti politik Sarawak stabil dan utamakan rakyat Sarawak , saya harap juga ramai belia dan pemuda Sarawak terlibat dan aktif dalam kepimpinan secara sihat lah .  Kalau saya berkenalan dengan belia Sarawak atau belia Sarawak yang saya jumpa  semasa dalam mana2 parti, ramai yang akan kata ada 
1) degree, master 
2) pernah intern dengan YB di Sarawak 
3) ramai yang dari TVS semua 

Dan jrg saya tengok belia di Kapit, Kanowit, Julau, song, Katibas..paling pun gerakan belia tu ada di Kuching ja tu pun tak banyak dan kdg tak ramai tahu . 

Tapi saya tak faham juga lah tapi tak ramai belia suarakan isu belia di Sarawak. Mcm gerakan belia ni kurang untuk bantu sesama belia . Tapi mesti lah secara sihat . 

Mungkin fikiran saya masih sempit lah tentang belia di Sarawak, saya percaya ramai wakil belia hebat di Sarawak mcm Tun Laila, yg tu  jela saya kenal tapi tun Laila lawyer 😂 . 


Setakat ni, ni jela sharing saya . 
Melalui pengalaman ni juga lah saya dapat tahu yg banyak improvement yang kena ada, banyak juga org hebat luar sana dan skill yg kena ada lah . 

Nak fokus final exam. Banyak cubaan waktu nak final exam ni . Rasa bukan masa yang sesuai untuk enroll dalam parlimen belia tapi apa pun benda ni jadi salah satu pengalaman dalam hidup saya lah .  For those yg nak join Parlimen belia boleh tekan link atau copy link yang saya beri di atas tadi . 

Ulasan

Catatan Popular