Pemikiran
Hai guys,
Selamat sejahtera, semoga sentiasa sihat tak kira dimana korang berada.
Harini saya baru je balik dari beraya kat rumah panjang untuk sambut tahun baru. Lepastu saya terfikir nak buat sharing tentang apa yg saya fikir tentang life la ( secara ringkasnya) .
Kat blog ni kdg saya akan buat sharing, menulis based on experience and other appropriate things la. Tujuannya saya nak pembaca blog saya pada masa hadapan tahu saya org nya mcm mana, pemikiran saya mcm mana sebab kdg org tak tau pun kita ni jenis org yg mcm mana by looking at our looks.
Jadi kat blog kalini saya harap dapat tulis Ngan lancar la apa yg saya terfikir kali ni .
Arus pemodenan
Semua yg saya tulis ni berdasarkan apa yg saya fikir, lihat dan pengalaman la anggap ianya sebagai sharing je sebab kdg benda yg korang lihat atau alami lain daripada saya .
Rindu pula arwah atok saya. We have really good communication masa dulu and masa tu lah saya kdg cuba memahami pemikiran org dulu2 dengan org yg hidupnya mengikuti trend dan arus pemodenan.
Ni atok saya la, antara atok yg bila bersamanya memang lancar bercerita, we always have something to talk . Dalam hidup saya..saya pernah jumpa 3 atok je .. pertama atok belah ayah saya ( iaitu bapak kepada ayah saya 😂 camne eh nak kata.. gitu la), kedua tu ( ayah kepada mak saya), dan yang ketiga ( abg kepada ayah mak saya iaitu atok yg tengah saya cakap ni ..yg kat gambar tu )
Nama atok saya ni malang lah . Saya takkan sebut nama penuh dia 😂 tapi his first name is " Malang" selari dengan apa yg dia hadap kat detik riwayat dia. Aku tak berapa rapat Ngan atok aku ni dulu sebenarnya sebab dia kan tinggal kat rumah panjang ..kdg kat kebun . Aku pula tinggal kat kawasan bandar, jadi nak balik rumah panjang setiap hari agak susah la walaupun dekat tapi sebab keluarga aku pun busy jadi agak susah la nak balik kampung kdg2. Btw kebun dia lawa dan atok aku ni memang org yg pandai berkebun .
Jadi apa maksud aku apa nama dia selari dengan apa yg dia hadap kat detik terakhir riwayat dia ? Sebab atok aku ni awalnya dia sihat elok je. Tapi tak tau knp tiba2 dia sakit, perut dia kembang lepas dia minum " alkohol" sorry to say this ..sebab atok aku ni Iban kan ..lepastu dia dilarikan ke rumah sakit ..lepastu tak tau la anak dia buat mcm mana tapi lepas dia buat kimoterapi dia mula kencing dan berak dari perut . Aku tak tau knp tapi start dari tu dia mula rasa sengsara. Time Ni la aku mula rapat Ngan dia ..atok aku ni mak ayah aku kata dia memang terkenal dengan sikapnya yg tegas dengan org lain dulu..tapi kdg2 dia pandai melawak . Time dia sakit ni lah keluarga aku selalu lawat dia sebab kami yg paling dekat Ngan dia ..manakala anak2 dia jauh dari dia mostly anak dia kat Miri, kiteorg je kat Sibu sebab tinggal kat rumah mak . Jadi kiteorg la lawat dia ...kalau ada apa2 yg penting atau mustahak kami kena guna duit kami dulu pastu kdg anak2 dia bayar balik .
Kdg kalau ada perayaan mcm Gawai tahu pula anak2 dia belanja kitoerg walaupun tak minta 😂 sebab anak2 dia org yg berada semua, mohonlah Dorang ni main kat industri oil n gas. Tapi tula dorang tak boleh bagi masa untuk jaga ayah dorang yg lagi sakit . Atok aku dulu biaya dia memang mahal la..kalau korang pernah tengok org yg berak atau kencing guna perut yg ada plastik tu ..plastik tu je dah beratus harga dia..kena tukar hari2 kalau dah penuh ..lepastu gam untuk balut plastik tu..yg boleh jadi kulit tu pun mahal juga . Nenek aku pun ada juga tapi nenek aku sebab dia dah pekak, kdg dia blur susah la dia nak jaga atok aku ..nak tak nak kami juga LA kdg2 datang lawat dia . Ini lah knp aku kata nama dia sesuai dengan situasi akhir dia ..
Aku pernah la marah kat dia sampai tak kisah kat dia bila dia terpaksa bermalam kat rumah aku..tapi sekali je..aku rasa dia faham sebab nya..sebab setiap kali bila dia ada temu janji kat hospital Sibu ..aku la org yg hantar dia untuk konsult Ngan doktor . Mak aku kerja, ayah aku pula outstation atau boleh kata ayah aku ni dia kerja jauh. Adik beradik? Pendek kata aku LA insan yg paling tepat untuk hantar dia sebab aku je free kan kebetulan time tu masih form 4 la nak masuk form 5 dah .. aku marah Ngan dia sebab satu tunggu angka giliran tu lama..dia kena ambik darah 3 kali tapi tunggu keputusan lama..dah la aku lapar time tu ..tu yg buat aku marah ..mak aku pun selalu text selalu call kata mcm mana keadaan atok aku ..aku pun naik berang la..masa mak aku jemput aku Ngan atok aku ..aku terus tutup pintu kereta Ngan kuat..atok aku nampak dulu ..tu dia tau aku marah .. pastu kedua tu dimana kdg kalau aku jumpa dia aku la selalu mulakan topik borak Ngan dia sebab kalau buka TV pun dia tak tau tengah tengok apa..BERITA TVS la selalu jadi peneman dia dulu. Bila dah jam 6,7 pm mcm tu dia kata nak tengok berita Iban kat TVS sebab atok aku ni mana pandai cakap bahasa Melayu..kalau pandai pun sikit je. Tu lah moment sebak kalau aku ingat sampai sekarang.
Perbualan aku dengan atok aku
Sebelum aku masuk tentang main topik arus kemodenan kan, aku share dulu benda ni agar korang faham apa aku nak sampaikan.
Aku masih ingat time Aku Ngan atok aku berbual tentang life masing2..dia pun pernah cerita tentang hidup dia waktu dia muda dulu..atok aku ni dia hidup zaman penjajahan Jepun dulu . Time tu dia baru lahir la..boleh kata dia org yg tengok org yg zaman2 dulu la..jadi ceritanya atok aku ni dulu org yg kerja kat kapal . Dia kata la dulu masa dia masih kerja kat kapal dia kata makanan org yg kerja kat atas kapal sedap2.. sotong, ayam semua la..pastu dia pun pernah cerita tentang org yg ada kat Vietnam, Thailand..India ..dia kata org tu lain sikit la ..ada yg baik semua ..kalau makan tu kdg atas tanah 😂 ni dia yg sharing. Jadi aku pun fikir " owh mcm tu eh org zaman dulu" aku pun pernah tanya dia pernah tengok org Jepun ke? Pernah tengok org berperang ke? Sebab aku nampak atok aku mcm blur aku anggap mungkin dia tak tengok kot org tu dulu..org berperang atau world war 2 pun zaman 1945 time dia baru lahir .
Kebetulan masa tu aku minat subjek sejarah jadi aku pun enjoy la cerita2 dia.
Masa aku bersama dengan atok aku untuk jaga dia..sebab keluarga aku selalu lawat dia pergi rumah panjang dan kebun dia kan..aku pun tengok la kebun dia mcm mana,
TV takde
Telefon jenis Nokia je
Radio je yg ada.
Aku pun fikir, mcm mana Dorang spend Daily Life Dorang eh? Tengok TV pun tak, fon pun nokia yg ada game ular tu je. Aku pun tengok nenek aku ..tak bosan ke dorang dua ..dorang hidup memang pergi berkebun je ke? Sebab dorang kan ada tanam sayur, lada, buah rambutan..jadi aku pun fikir org dulu2 bangun pagi memang terus berkebun eh? Time Ni Aku boleh nampak yg org yg ketinggalan dalam teknologi dan AI semua tu . Hidup memang bosan gila.
Walaupun sementara aku boleh lah selami sikit pemikiran dan pandangan atok aku tu mcm mana.
I just shared this because this will be example tentang arus kemodenan yg bakal aku cakap ni .
Zaman
Pernah tak korang fikir mcm ni, setiap org tu kdg pemikiran dan pandangan dia beza2. Ada org muka hensem, smart tapi sebab pemikiran dia beza pun susah nak bersambung Ngan kita. Contohnya cara dia handle masalah akan lain sikit atau cara dia didik anak dia lain sikit sebab perbezaan jurang pemikiran.
Kdg, kaum pun main peranan juga . Zaman skrg masih wujud stigma masyarakat tentang kaum2 tertentu . Aku selalu bantah tentang hal ni and aku harap stigma terhadap kaum suatu hari nanti akan berubah .
Benda ni terjadi mungkin sebab demografi atau cara hidup. Aku ambik contoh org yg hidup kat rumah panjang, yg tinggal kat pesisir pantai cara Dorang fikir pun lain juga sebab tak ikut arus kemodenan terutama moden dari segi akal . Tapi tak semua la mcm tu aku harap makin ramai la yg hidup ikut arus kemodenan. Maksud aku kat sini lebih kepada akal dan fikiran la..
Zaman skrg kita boleh faham budaya org lain melalui alam maya je. Dengan tengok TV, sosial media seperti tiktok atau YouTube pun kita dah dapat belajar budaya dan bahasa org lain . Dengan teknologi skrg kita boleh dapat banyak benda terutama ilmu free, menikmati budaya org lain secara maya dan menikmati kemudahan2 online seperti shopping online dan Banyak lagi . It's truly sad to see ada certain people yg masih hidup kat zaman2 dahulu . Kdg mungkin betul atas faktor tabiat dan habbit atau faktor persekitaran. Kalau kita berada dalam persekitaran yg mengamalkan kerajinan atau benda2 positif kita pun akan lebih cenderung jadi rajin dan positif. Kalau keluarga kita jenis yg ajar kita tentang kerja keras dan pendidikan, mungkin kita pun akan mementingkan pendidikan.
I'm started runs out of idea. Aku rasa sampai ni dulu kot😂
Tapi itulah, kalau kita kaya dengan akal dan ikut moden skrg, mungkin hampir mustahil nak bezakan bangsa, sebab tengok org kiri kanan pun mcm tengok cermin walaupun kdg setiap org ada perangai nya masing2.


Ulasan
Catat Ulasan