15 April 2026

 Semester 4 

Selamat Sejahtera kepada pembaca Blog saya. Kalini ada yang baru sikit. Tapi benda yang saya bakal tulis kalini lebih kepada perkongsian peribadi lah . 

Sekarang dah masuk Week ke 3 sesi kuliah. Tak sabar nak habiskan journey ni. 

Blog saya sebelum ni ada tulis macam2 lah, terutama berkaitan nak buat video, i'm still working on it. Rasanya lambat lagi kot sebab belum baiki appearance diri sendiri. 

Kalini terasa lain 

Walaupun saya ikut Parlimen Belia Malaysia dan berjaya dapat jawatan dalam parti saya, dapat kenalan semua, tapi saya rasa biasa2 je. Dulu awal2 masa tengah terlibat dengan benda sebegini punyalah excited. Sebab kita bersemangat sebab ada orang di sekeliling kita yang tinggi2. Minda dan pemikiran kita pun terbuka semua bila ada kawan yang hari2 pergi parlimen, kawan2 yang study kat universiti lain dengan life Dorang, kawan2 yang kerja, kawan2 yang tunjuk hidup mewah semua . Kita pun rasa diri kita confident dan  tak terasa hidup kita terikat, dengan tengok org je pun kita boleh belajar orang lain mcm mana..gaya mereka mcm mana . Tapi kalini bagi aku lain dah . Semenjak tentang isu global ni la buat suasana rasa lain, perang Iran-Amerika yang tak kunjung habis, masalah minyak, masalah kos hidup naik semua . Dan mula dari itu lah setiap orang ada masalah masing2. 

Setiap hari kita belajar benda baru, walaupun kita nampak mcm orang baru nak up . Each mistake teaches a lesson. 


Belajar benda baru 

Antara benda baru yang aku belajar sebagai student ;

1) Tengok orang lain je tak cukup. Kdg kita kena tengok diri kita sendiri. Orang lain naik Audi R8, kita pula mcm mana? Soalan ni lebih kepada tengok diri kita mcm mana. Setiap orang life dia beza2, pemikiran dia pun beza2.. bahkan suasana hidup dia pun lain.  

2) jangan limits kan diri sendiri. Mungkin tak semua org mcm ni, dia ikut personaliti juga. Kalau org tu jenis yg suka gelak dan nampak sangat yang dia jenis yang extrovert, sometime their life might be better in socializing. Ada certain people think outside the EARTH. People yang  kontrol diri dia. Contoh mudah, kalau saya banyak cakap nanti risau org tau pula yang saya ni mulut celupar seolah-olah tak nak org tau lebih tentang diri dia. Prioritize peace. Saya org yg mcm ni, suka sangat analyze benda even benda tu hanyalah fikiran saya je.  

3)tengok diri sendiri, apa yg kita ada. Apa bakat yg kita ada? Apa yg boleh kita buat? Jangan gunakan keluarga atau kawan2 kita untuk nampak hebat sebab tak semua benda boleh diselesaikan menggunakan cable. Mcm belajar, walaupun kita banyak kawan2 yg hebat tapi mereka tak boleh bantu kita untuk jawab exam. Nak tak nak kita sendiri yg kena usaha.  Benda ni aku lalui zaman belajar. Banyak sangat aku tengok kawan2 aku ngaku ada cable, ayah manager company ni , uncle pengarah itu.. saya tak tau lah negara lain mcm mana. Mungkin normal kot kat benua nusantara ni . Semua orang ada cable baik besar atau kecik. 

4) stay humble with appropriate way lah. Walaupun over humble tak berapa elok berdasarkan otak aku . Tapi kita kena juga humble. Manusia skrg ramai yang tak nak tengok kita atas daripada mereka . Jadi tetaplah humble. Kdg penat jadi manusia, tiada benda yg kita buat betul di mata sesama manusia 🙂. Kalau saya tak fikir yang diri saya ni student, dah lama dah saya buat kerja sendiri. Nak tak nak kita kena adapt and socialise juga dengan org lain untuk move forward.

Ini lah antara yang saya nak kongsi.  Walaupun lebih kepada falsafah dan experience sebenarnya. Niat saya hanya satu, supaya orang lain tau diri kita ni mcm mana baik cara kita fikir betul atau salah. Mungkin perkongsian saya kalini menunjukkan yang mungkin kdg saya berfikiran sempit. Tapi korang rasa benda ni realiti atau akalan? 

Ulasan

Catatan Popular